Kelas Multimedia Canva

3 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 2 September 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas multimedia iaitu menggunakan aplikasi canva untuk mencipta poster. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diperkenalkan dengan aplikasi atas talian canva bagi membuat logo, kad ucapan, poster, banner dan macam-macam lagi.

Peserta turut diajarkan membuat poster menggunakan sumber Google Images untuk mencari bahan-bahan mencipta poster serta mencari idea-idea mereka cipta poster sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada bulan September ini. Peserta memberi maklumbalas yang baik sepanjang kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali